Beberapa hari yang lalu kerajaan umumkan bonus untuk kakitangan sokongan. Teman tak sedorpun pengumuman tersebut, sehinggalah sampai ke tempat kerja heboh deme cerita pasal tersebut. Ikut ceritanya hanya kakitangan sokongan aje yang merasa bonus tahun ni. Dapat dua kali bayar. Ada le duit deme tu! Pagi tu sibuk le deme berbahas pasal bayaran bonus!!!! Teman ni tak le rasa apa2, sebab ada ketikanya memang kita kakitangan kerajaan ni tak dapat pun bonus. Cuma yang teman tak berapa paham tu ngape kakitangan sokongan je yang dapat. Sorang kawan teman ni terikut juga dengan rentak sesetengah orang untuk berhujah dan menunjukkan rasa tak puas hati. Katanya, ngapa tak bagi semua? Ibarat satu keluarga kalau nak bagi tu duit mesti bagi semua.Tak apa le kalau ada yang lebih dan ada yang kurang katanya. Ini tidak. Setengah bagi ,setengah tu tidak katanya lagi. Teman pun macam nak terima juga alasannya tu. Tapi..bila teringatkan peringatan kerajaan "kita patut bersyukur dengan apa yang ada" tak jadi le pulak teman nak menokok tambah apa yang deme kata.Ha..ha..ha
Walau macam manapun apa yang teman paham bonus kakitangan kerajaan dibayar mengikut keadaan ekonomi negara, kononnya le! Kalau ekonomi kita baik kerajaan bersedia mempertimbangkan bayaran bonus untuk kakitangan kerajaan. Kalau ekonomi tak baik mungkin kerajaan tidak bersedia untuk membayar bonus tersebut. Lagi sekali teman tak faham tu ialah keadaan ekonomi kita memang tak berapa baik. Bukan ekonomi kita aje malah seluruh dunia merasa akan 'kebejatannya'. Macam mana boleh bagi bonus pulak tu. Mungkin nanti masa bajet bulan depan kerajaan umum pulak bonus untuk kakitangan yang lain kot!!!Entah le, itu teman rasa je. Kadang2 kita tak boleh nak menelah apa rancangan kerajaan ni. Kita agak lain , tapi lain pulak jadinya. Ada pulak kawan teman ni kata, jangan le engkome haghap nak dapat bonus, tade deme nak bagi kita. Tapi takda pulak apa alasan di baginya. Orang macam ni susah juga. Dengan yakinnya dia kata kita tak dapat habuan, udah penat koje sepanjang tahun. Hai...susah..susah...
Yang sorang ni pulak kata apa? Jan susah hati mesti ada punya habuan kita tu. Kan baru ni kerajaan dah kutip duit dalam Amanah Saham. Duit itu le dia guna dulu untuk bayar bonus! Hai... ini hebat juga andaiannya. Katanya, kan Amanah saham yang kerajaan jual baru ni banyak. Tentu kerajaan boleh guna dulu duit tu untuk bayar bonus, lepas tu kerajaan kutip le balik cukai rakyat, katanya. Heh...teman dengo pun tak berapa meyakinkan. Setahu teman bila kerajaan kutip duit rakyat dengan cara itu, duit itu akan dilaburkan untuk tujuan pembangunan. Macam zaman Tun Mahathir mula memerintah Malaya dulu tu le! Kan dia lancarkan Amanah Saham Nasional. Ha...masa tu duit dia guna untuk membeli semula saham2 syarikat yang dikuasai oleh rakyat asing di Malaysia. Dengan sebab itu le Sime Darby , Guthrie dan banyak syarikat milik asing tu dah jadi milik kita.
Persoalan nya sekarang, adakah kakitangan awam yang lain tidak perlu diberi bonus? Ada kengkawan teman yang kata, untung beno kalau jadi kakitangan awam sokongan di Malaysia ni kan. Pastu di tambahnya lagi pulak tu, kalau jadi orang miskin pun untung gak tinggal kat Malaysia ni. Hah...ngapa pulak tu? Katanya tiap tahun kakitangan sokongan kalau dapat bonus peratusnya mesti lebih dari kakitangan lain. Itu memang le!! kalau nak bagi sama je semua takleh le. Tentu yang gaji beso tu makin beso jarak nya dengan kakitangan sokongan. Dah tu pulak condong royong le kerajaan cari duit nak bayar. Tapi kalau bab orang miskin tu macam teman rasa ada pulak betulnya. Ya ler!! Macam sekarang ni ha. Nak raya kerajaan bagi duit Raya. Takde rumah, bagi rumah. Pastu dah dapat rumah bagi pulak elaun Kebajikan Masyarakat. Kalau nak berniaga dapat pulak tu bantuan MARA. Orang yang tak miskin kena le buat pinjaman bank atau kalau tak dapat, pinjam Along. Teman bukan dengki pulak!! Deme ni kita kena jugak jaga. Apahal, kalau miskin susah jugak tu, banyak benda boleh berlaku. Cuma teman pikir kalau terlalu banyak sangat bantuann sampai membekukan niat deme tu untuk berusaha tak baguih juga. Entah le!!Mungkin pendapat teman ni tak berapa betoi.
Berbalik kepada keperluan bonus kepada semua kakitangan tadi, memang le ikut logiknya semua orang patut dapat! Terutamanya menjelang hujung tahun atau tepatnya awal tahun depan le sebenonya. Keperluan untuk berbelanja adalah amat besar. Bagi yang mempunyai ramai tanggungan(anak-anak) untuk bersekolah. Pergh..cakap pun tak guna. Tulis aje le!! Belanja sorang2 bukan sikit yop! Nak beli baju sekolah, nak beli beg sekolah, nak beli alat tulis, nak bayar yuran, tambang bas dan macam2 lagi ada. Macam mana tu? Sabo je le yekk! Ikut kan ramalan teman masa jadi murid P.Ramlee dulu, rasa2nya kerajaan nak umum masa Bajet 2010 nanti. Kita tunggu je le. Bukan senang yop nak ramal. Ini bukan ramal anak itik jantan ke betina, kita boleh nampak dia nyelam. Nak selam hati orang yang buat bajet huhh letih yoppp. Wallahualam..!!!
TRIP PENGENALAN KE TAKAT CHAMPION
4 years ago
betul tu.. Nampak gayanya raya ala kadar je la tahun ni. Peruntukan duit raya pun terpaksa dikurangkan..
ReplyDelete