Wednesday, 28 April 2010

Saat kritikal sahabatku

Agak tersentak jugak aku bila isteriku talipon pagi kelmarin mendengar khabar yang tidak enak di dengar. Ketika itu aku baru sahaja sampai ke sekolah. Letak beg, talipon berbunyi. Katanya kawanku koma di Hospital Permaisuri Bainun. Dua hari sebelumnya kami baru sahaja berbual dalam majlis makan2 di rumah mertua aku. Katanya dia demam, anak2 pun demam. Aku tak ambil pot sangat le sebab aku tahu dia bukan jenis senang duduk diam. Ada sahaja aktiviti yang dibuatnya, sama ada yang aku tahu dan diluar pengetahuan aku. Katanya,anak2 dah ok dah. Ada sorang lagi yang masih demam. Berita pagi itu memang mengejutkan aku. Camana ni, tiba2 je boleh kritikal?
Petangnya aku dah pakat dengan isteri nak pegi jugak melawat. Kalau boleh nak tanya dan sembang le kejadian tu. Kami pegi jugak, lepas sekolah. Sampai2, tengok waktu melawat belum lagi tiba.Kena tunggu plak setengah jam lagi. Terpaksa la plak menunggu kat bawah di ruang legar. Sampai masa masuk hanya dua orang sahaja dibenarkan melawat. Malang le plak, aku tengok kawanku itu hanya tersandar sahaja di katil dan dalam bilik khas. Sorang2 lagi tu! Sembang ngan orang yang jaga kat luar tu nak tahu apa kes sebenarnya! Jawapan yang kami terima sekadar menyedapkan telinga mendengar sahaja. Ini rahsia pesakit, kami tidak boleh mendedahkannya. Ha..ha.. apa nak buat. Tapi kami syak sesuatu yang luar biasa dah berlaku pada kawanku itu. Memang aku amat simpati dengan keadaannya sebab aku tahu dia memang prihatin dengan keluarga dan pekerjaannya. Moga Allah menyelamatkannya dari kuman2 durjana itu.
Bila keluar dari wad aku melihat mertuanya yang memang aku kenal. Terus aku menyapa dan bertanya apa yang berlaku.Diceritakan serba sedikit tentang bila dimasukkan ke wad dan bagaimana keadaan sebelum koma.Tak lama isteri kawanku tiba berseorang tanpa anak2nya. Rupanya dia datang dengan adiknya.Anak tinggal di rumah adiknya. Kami biar dia masuk dahulu menjenguk suaminya. Keluar sahaja, aku terus tanya situasi sebenar. Katanya kawanku ini memang sudah ke Hospital pada hari sebelum dan diminta pulang ke rumah. Bila balik rumah keadaannya semakin lemah, malah kalau makan pun keluar semula apa yang ditelan. Nasib kakaknya datang pada malam tersebut dan bawa ke hospital pakar. Di sanalah penyakitnya di kesan dan di hantar ke Hospital Bainun pada sebelah paginya. Kata isterinya, kawanku masih sedar sebelum dia di komakan tapi keadaannya amat lemah. Doktor ambil keputusan untuk merehatkannya supaya mudah untuk menentang virus yang telah merebak.
Senario ini sudah berlaku padaku satu ketika dahulu. Ketika itu aku membawa anakku yang demam. Anakku merengek-rengek sementara menunggu di panggil untuk diperiksa oleh doktor. Katanya, ayah! sejuk ni ayah, cepat le ayah. Punya le lama menunggu,pergh!!! Akhirnya setelah diperiksa darah di dapati anakku kena denggi. Bukan le aku nak menyalahkan mana2 pihak plak. Kita pun paham, nisbah doktor ngan pesakit di negara kita amat ketara sekali. Cuma agak terkilan dengan kelambatan mengesan segala macam penyakit zaman moden ni. kalau penyakit orang zaman dulu lain le, boleh main hembus2 aje. he..he... Zaman sekarang takleh camgitu. Alamat tumbang le kita.
Sebagai kawan yang banyak membantu dan berjasa kepadaku, hanya doa dipanjatkan agar dia cepat sembuh dan kembali ceria. Harapanku dia punya semangat melawan penyakitnya. Kami kawan2nya masih perlukannya. Keluarganya paling memerlukannya, terutama anak2nya yang masih kecil seramai 5 orang. Marilah kita sama berdoa untuknya, moga Allah memberi peluang padanya bertemu semula dengan keluarga serta kawan2 dan masyarakat seluruh yang masih memerlukannya. Jauhkan lah dia dari saat2 kritikal ini . Amin!!!