Sunday, 23 August 2009

Masa untuk PTK

Kini cuti pertengahan semester masuk hari kedua kita lalui. Cepat bebeno rasanya masa berlari. Jangan kata nak kejo, nak ikut pun penat rasanya. Tup..tup..dah kena ambik skali lagi peghesa PTK. Memang le kalau ikut hati tanak ambik dah,tapi kena bagi macam-macam alasan plak. Kalau tak ambik kot sesal plak,mana tahu buleh lulus. Teman memang dah lulus dah!! Tapi, deme tu sughuh juge peghesa. Bio dapat result 4/4 kononnya. Sayangnya teman kena peghesa kertas objektif kali ni. Bab ni yang teman lemah ni. Susah skit teman nak dapat result baguih. Nak bawak ayor penawo tak tahu mana nak ambik. Silap haribulan ayo ludah je dapat.he...he..he. Macamana pun maghi le kita sama-sama memeriahkan pusat peperiksaan dengan rupa paras yang ceria dan santai. Kalau dah tak buleh sangat ikut le ragam bebudak kita di bawah ni. Selamat menghadapi peperiksaan untuk kali yang ke....




Saturday, 22 August 2009

Orang Baru



Kengkawan slalu tanya bila nak masuk gambo orang baru dalam blog,buleh le deme tengok. Orang baru bukannya baru beno. Lahir pada 5 ogos 2009 dengan berat 3.3 kg. Buat masa ini keghojenye nyusu ngan tido jadi hobi tetap kepada MAARIF. Masa tinggal kat kantung maknya nampak MAARIF macam ada kembar,tapi doktor kata takde. Rupanya orang baru ni tinggi skit, 49cm. Teman ingat, macam abang ngan kakaknya dulu, teman nak bersama ngan maknya masa dia tengok dunia tapi tak sempat. Tengahari 5 ogos tu emaknya dah kena antor dek Ambulan ke Hospital Kuala Kangsar (HKK). Terus masuk bilik bersalin plak tu. Ingatkan dah nak keluar sangat dah. Rupanya kena tunggu maghrib baru selesai.He..he...Macamana pun orang baru kita ni tetap dapat KUNING juga. Risau jugak teman. Cepat2 cari susu embekkk...(hi..hi...hi...) .Jangan perangai macam tu dah lee!! Hari ni dah 17 hari dah. Orang baru dah makin 'botot' (macam Sazali Samad) Sapa nak jaga saya ni? Opah ke? Makcik ke? Tunggu le dulu!! Lepas 60 hari ni tau le nasib orang baru macam saya ni!




Friday, 21 August 2009

Ada rupa tadak isi


Agaknya inilah masa teman nak nulih dalam blog ini. Sejak blog teman ni bukak tak peghonah jadi-jadi nak publish. Niat bukan main beso. Oghang buka blog teman pun teringin jugak.He..he..! Tapi...hampeh. Harapnya lepaih ni teman buleh le aktif dengan kengkawan nulih dalam blog. Ni pun bukan ada idea ni! Daripada tak beghisi baguih juga teman meghapu. Esok nak mula pose. Sume oghang ceghite pasai pose. Teman nak ucap selamat pose je le kat kengkawan.


Sunday, 16 August 2009

Kat Johor



Kat Tanjung Piai. Masa tu hantar adik kahwin kat Pontian. Apalagi bila dah jalan2 kamipun cuti2 Malaysia le. Jauh jugak tempat ni. Masa tu hujan, anak2 le paling syok. Deme dapat main ayor. Kita mak bapak ni takut deme tenggelam tapi...deme macam tak sedo diri.